Jom LIKE dan anda sebahagian dari KAMI!

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG GITARKAPOKLAMA,HARAP ANDA MENYUKAI POST YANG ADA DI SINI,SILA LIKE DAN SHARE SEKALI YE !

Thursday 6 September 2012

Adakah Kartun SpongeBob Memberikan Kesan Buruk?


Tidak dinafikan rancangan kartun dari Hollywood ni memang popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Malah orang dewasa seperti saya pon masih menonton. Tetapi terdapat perkara Negatif melalui cerita ini. Mari ikuti ulasan di bawah ini bersama :



Tayangan animasi SpongeBob dengan GERAK CEPAT serta KAREKTER FANTASI mungkin terlalu banyak dan rumit untuk dicerna oleh otak kanak-kanak dalam usia prasekolah.
‘SPONGEBOB SQUAREPANTS’ boleh memberi kesan NEGATIF pada fungsi FOKUS dan MEMORI anak-anak yang berusia 4 tahun. Semua kesan itu hanya memerlukan waktu kurang 10 minit dari masa tayangannya.
“…fungsi eksekutif pada dasarnya untuk mengukur kemampuan anda untuk tetap pada tugas, tidak terganggu dan untuk bertahan pada tugas “.
Menurut seorang doktor kanak2 yang bertugas di klinik kanak-kanak Seattle, Dr.Dimitri Christakis.
” Ramai ibubapa memiliki aturan tentang jumlah program tv yang anak-anak mereka boleh tonton tetapi jauh sedikit pada BATASAN isi kandungan apa yang anak-anak mereka tonton “.
Seterusnya Dr.Dimitri Christakis mengesyorkan pada ibubapa. Mereka perlu menyedari bahawa kartun jenis ini TIDAK SESUAI untuk anak-anak mereka.
Manakala pihak Nickelodeon yang memiliki hak ke atas kartun SpongeBob SquarePants, MEMBANTAH keras keatas hasil temuan itu. Mereka menegaskan siri kartun itu diarahkan sesuai untuk kanak-kanak usia 6 hingga 11 tahun.

No comments:

Post a Comment