Jom LIKE dan anda sebahagian dari KAMI!

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG GITARKAPOKLAMA,HARAP ANDA MENYUKAI POST YANG ADA DI SINI,SILA LIKE DAN SHARE SEKALI YE !

Thursday 6 September 2012

NGERI!! Kemalangan di Arab Saudi


Terdapat sebuah kemalangan jalan raya di arab saudi (kalau silap) membuatkan anda ketar lutut bila melihatnya. Kereta Toyota Camry tersebut di percayai di pandu laju lalu hilang kawalan, dan menyebabkan penumpang dalamnya terkorban dalam keadaan mengerikan.

Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan.
Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.

Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!

Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh. Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.
Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa.

Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta. Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang.





No comments:

Post a Comment