Jom LIKE dan anda sebahagian dari KAMI!

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG GITARKAPOKLAMA,HARAP ANDA MENYUKAI POST YANG ADA DI SINI,SILA LIKE DAN SHARE SEKALI YE !
Showing posts with label ngeri. Show all posts
Showing posts with label ngeri. Show all posts

Monday, 10 September 2012

NGERI!! Masih Hidup Walaupun Badan Terputus Dua

Kisah ini belum di ketahui kesahihannya,samada perkara ini berlalu di sebabkan kemalangan ataupon bunuh diri.Walaupun jasadnya sudah bercerai ttapi masih lagi hidup selepas dilanggar kereta api..Kehebatan tentang peristiwa ini telah tersebar secara meluas dan sungguh menakjubkan:-

Video yang menakjubkan ini telah dirakam oleh orang awam yang datang membantu mangsa.Kejadian ini berlaku di india.Klik buang video untuk melihat.

Saturday, 8 September 2012

KISAH BENAR– Kisah Jenazah Keluar Darah Tidak Berhenti

Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, akan tetapi boleh dijadikan sebagai teladan mahupun renungan. Secara fitrahnya, apabila kita hidup secara baik, maka kita juga mahukan pengakhiran dalam keadaan baik. Dalam erti kata lain, matinya kita biarlah dalam keadaan yang diredhai Allah SWT. Peristiwa yang ingin diceritakan adalah mengenai satu jenazah yang kira cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?
Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.
Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.
Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.
Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”
Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”
“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.
Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan… masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.
Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain…sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.
Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.
Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.
Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.
Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.
Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju.
Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.
Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.
Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.
Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.
Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk….susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.
Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang…
Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.
Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham.
Bagi saya ini satu iktibar.
Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.
KEDUA , ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.
KETIGA , hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.
Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin…bukan menuduh.

Thursday, 6 September 2012

MISTERI!! Lebuhraya KARAK



Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
 1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak lori yang kepenatan berenti pada waktu malam (tidur). Dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”…

3.Volkswagen kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. Ia akan potong kereta korang,dan selepas itu dia akan bawa perlahan. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…….
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku dirumah tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus……

4.Kereta Misteri (Sumber Kosmo)
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

                                                       KERETA DI JUMPAI DI SITU

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. “Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.


                                    KREN MENAIKKAN KERETA YANG TERBABAS

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

JALAN LAMA KARAK

1.Cerita seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih canti. Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?…

                                                         JALAN KARAK LAMA

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Berikut merupakan senarai hantu yang biasa muncul dan menjadi buah mulut oleh penduduk terdekat:
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)

NGERI!! Kemalangan di Arab Saudi


Terdapat sebuah kemalangan jalan raya di arab saudi (kalau silap) membuatkan anda ketar lutut bila melihatnya. Kereta Toyota Camry tersebut di percayai di pandu laju lalu hilang kawalan, dan menyebabkan penumpang dalamnya terkorban dalam keadaan mengerikan.

Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan.
Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.

Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!

Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh. Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.
Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa.

Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta. Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang.