Jom LIKE dan anda sebahagian dari KAMI!

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG GITARKAPOKLAMA,HARAP ANDA MENYUKAI POST YANG ADA DI SINI,SILA LIKE DAN SHARE SEKALI YE !
Showing posts with label style habis. Show all posts
Showing posts with label style habis. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

HEBAT!! Illustrasi Optik Menukar Orang Pada Harimau

Kalau sekali imbas hasil seni ini,memang tak terlintas langsung dalam akal fikiran yang harimau tersebut di lukis di atas badan beberapa orang perempuan. Hasil kerja ini amatlah begitu halus sehingga tidak nampak cacat celanya. Kagum betul aku melihat hasil karya artis dari barat ni.

Jom tengok beberapa gambar yang dapat di ambil:-








Hebat kan?? Bukanlah nak berbangga dengan artis luar,tapi sekurang2nya kita boleh la tahu serba sedikit hasil dua darah yang berbeza ni.(barat dan asia)




HEBAT!! Dekorasi Apartment Mewa Sepenuhnya Dengan Kayu

Apartment mewah pada kebiasaannya tinggi,moden,dan yng pasti dalamannya penuh dengan simen konkrit. Tetapi lain pulak ceritanya pada apartment yang satu ni,ianya still lagi mewah walaupon dalamannya sepenuhnya dengan kayu kayan. Sangat menarik sentuhan pereka dalaman dari Moscow ini. Lihat gambar selanjutnya di bawah:-








Sangat eksklusif kan?Apa lagi share la.



MENAKJUBKAN!! Tempat Penyimpanan Air Bawah Tanah Terbesar

Ini adalah salah satu daripada takungan bawah tanah di tengah-tengah Ukraine. Kini ia kosong walaupun dijaga dengan cukup baik. Ia mempunyai suasana seperti anda berada dalam permainan game,dan anda boleh di tembak bila-bila masa sahaja.

Lihat gambar yang disediakan di bawah:-






Menakjubkan bukan? Kalau kena tinggal sorang sorang dalam ni,mau melalak mintak tolong.



MENARIK!! Kereta Tergantung Di Moscow

Sebuah syarikat ternama di Moscow telah mempromosikan kenderaan dari syarikat mereka,kereta tersebut memang menjadi kegilaan ramai tu Mini Cooper dari VolkWagen.Untuk menjadikan kenderaan itu laris,mereka telah mengantung kereta2 tersebut sebagai banner untuk tontonan umum. Lihat gambar2 di bawah ni,anda pasti terkejut.






Menarik kan?kalau kat Malaysia ada cam ni memang stylo habis la. Tapi kalau jatuh,mahu jutaan ringgit kerugian yang kena tanggung.


MENARIK!! Dari Kereta Biasa Ke Lombhoghini (10 FOTO)

Kisah ni berlaku di sebuah negara iaitu Ukraine.Ia bermula apabila sebuah kereta Mitshubishi Eclipse terbabit dalam kemalangan yang tidak lah begitu teruk. Tetapi akibat dari kegilaan pemilik dalam dunia permotoran,beliau telah membaiki kereta dengan AWESOME sekali.Lihat gambar di bawah ni serba sedikit teknik pembuatan 'Lambhoghini' tersebut:-









Menarik bukan?tak tercapai dek akal untuk buat benda2 macam ni,orang barat memang otak gila.Tapi kalau ada kat Malaysia macam ni,memang dalam JPJ la jawabnya.

Thursday, 6 September 2012

KREATIF!! Cup Cake 1Malaysia Yang Comel (7FOTO)

Sempena hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-55. Sebuah syarikat telekomunikasi tempatan telah menganjurkan reka cipta Cupcake sempena dengan hari kemerdekaan negara. Kek yang di hasilkan amatlah begitu comel,cute,miut untuk di pertandingkan. Kalau tengok pon mesti sayang nak makan.

Di bawah ni antara kek2 yang aku sempat copy :-















Menarik kan? Hampa semua boleh undi kek2 ni,sebab event ni tengah berjalan sekarang ni, so pilih la ke yang hampa suka,banyak lagi kek ni sebenarnya KLIK UNTUK LIHAT KEK. Kalau saya, saya suka yang ada tugu negara tu. Pilih la kek yang hampa suka k.


Pelik! Lelaki Ini Hidup Tanpa Wang Dan Harta

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Suelo ini mempunyai sebuah rumah dan hidup dalam serba mewah. Namun dirinya telah memilih untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa menggunakan wang langsung.
________________________________________________________________________________

Jika orang kata, ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia. Ini yang dipraktikkan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Daniel Suelo berusia 51 yang tidak berduit walau satu sen pun, namun dia hidup gembira. Dia tidak mempunyai hutang atau sewa rumah yang perlu dibayar atau terpaksa membeli makanan atau minuman. Sebaliknya, dia memilih untuk tinggal di dalam gua dan mencari makanan di dalam tong sampah atau merebus binatang yang mati dilanggar di jalan raya.


Dia juga mandi tanpa sabun di anak sungai. Suelo, menukar namanya daripada Shellabarger pada 2000 selepas memutuskan untuk tidak menggunakan wang dalam kehidupan hariannya. Misinya adalah untuk menggunakan benda sedia ada di muka bumi ini tanpa membayar sesen pun.
Dia bukannya seorang yang manusia yang asalnya dilahirkan sebagai lelaki gua, sebaliknya Suelo mempunyai kelulusan dalam bidang antropologi dari Universiti Colorado.
Dia pernah mempunyai sebuah rumah dan membeli belah di pusat beli belah, namun Suelo mula berasa bosan kerana terpaksa melakukan urusan berkenaan. Bagi penganut agama kristian ini, kerja harian yang dilakukannya itu dilakukan tanpa ikhlas, lantas dia berhenti kerja dan mengembara ke India.
Sepanjang kehidupan berkelana, dia mencari hala tuju kehidupan sebenar dan melakukan pelbagai kerja demi menampung kehidupan, namun akhirnya dia mendapat jawapannya. Suela menyedari bahawa ujian sebenar adalah mengetepikan materialistik yang mengejar wang dan harta benda semata-mata sebaliknya kembali kepada aspek asas iaitu hidup tanpa harta benda.
Ia bererti tidak mengharapkan apa-apa balasan, hidup bebas tanpa hutang, tanpa kad kredit dan tidak dibebani masalah kewangan. Satu-satunya wang pembayar cukai yang ditumpangnya ialah menggunakan jalan raya serta perpustakaan awam.  Dia kini mempraktikkan kehidupan tanpa wang kerana baginya wang hanya satu ilusi.


Luar Biasa! Budak 2 Tahun Yang Hebat!!

Boleh dianggap luar biasa jika seseorang  itu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan haiwan liar seperti buaya, ular dan sebagainya. Menurut laporan, walaupun baru berusia dua tahun, Charlie Parker boleh dianggap sebagai ‘pakar ular’ jika dilihat kemahirannya berdepan dengan reptilia berbahaya itu.


Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang. Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.
Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar. Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria. Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.
“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini. “Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.
“Nampaknya kemahiran itu memang ada dalam darah dagingnya,” katanya.
Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu.